Friday, April 6, 2012

Sudah Lebih Sebulan Air Paip Kotor

Oleh : Admin WS
Sumber : http://kampungluagan.blogspot.com
Kampung Luagan- Masalah air paip yang tidak bersih atau lebih tepat lagi tidak jernih, kini berulang lagi di Kampung Luagan dan kawasan berhampiran. Tidak dapat dipastikan apakah punca yang menyebabkan kejadian ini. Yang pasti sudah lebih sebulan masalah ini dihadapi penduduk. ( sejak 10 Mac 2012 sehingga hari ini -6 April 2012 ( Esok belum tahu...)
Apa dah jadi? tiada carakah untuk mengatasi masalah ini? rakyat guna air bukannya percuma, tapi kena bayar. Dah sebulan rakyat bayar air yang sama kualitinya dengan air sungai yang diambil dengan gayung . Samalah seperti 40 atau 50 tahun dahulu. Fikir2 kanlah wahai pihak bertanggung-jawab. Jangan sampai rakyat buat perhitungan yang salah pada pilihanraya yang akan datang, hanya gara-gara masalah yang sebegini. Yang menjadi mangsa kemarahan rakyat nanti adalah wakil rakyat. Sedangkan wakil rakyat dah berusaha untuk meningkatkan kualiti air di daerah ini. Tak kanlah nak suruh wakil rakyat bekerja di loji air pula.
Memang benar, pengurusan air di daerah ini adalah jauh lebih baik dari tahun sebelumnya. Tapi tiada ertinya kalau air yang dibekalkan tidak bersih sedangkan kos menaiktaraf bekalan air di Sipitang menelan belanja lebih 100 juta termasuk pembinaan loji baru dan menganti paip lama.
KOTOR...

1 comment:

  1. Ini masalah besar sipitang dan kg kg d sabah.masalah paip lama yg x berganti.berkarat.tidak d naik taraf.tahun 2016..baru terbukti rasuah dan salah guna kuasa.ini la org yg mkn duit rakyat sampai berbilion.rm3.3 bilion projek air sabah d salah guna d d ropak pengarah dan kroni jbatan air.sipitang pun x terkecuali d siasat sprm.duit rakyat yg berbelion kna pulabgkan kpd rakyat sabah semula patut pengkhianat negara dgn rasuah dan salah guna kuasa patut d hukum mati seperti neara china.sbb rakyat dapat qualiti air yg teruk.kadang sampai berhari hari x da air.harap sprm..bongkar kes rasuah air d sabah sampai peringkat jerung jgn ikan bilis saja.rakyat sipitang dan sabah harus bangun dan sedar bn/umno x dpt bantu rakyat.Kita patut tukar parti ni dgn PHRS.Harapan rakyat.berjuang demi bangsa sabah.

    ReplyDelete