Muara Sungai Berabak yang terletak
tidak jauh dari Pekan menumbok merupakan stau destinasi memancing yang
menyimpan pelbagai sepsis ikan yang sememangnya menjadi kegemaran para kaki
pancing.
Diantara ikan yang sering menjadi
kegilaan kaki pancing di Berabak ialah, Kerapu, Ikan Putih, Ikan Merah, Siakap.
Pari , dan Gelama. Menurut cerita si kaki pancing, setiap pemancing yang datang
ke Berabak pasti tidak akan pulang dengan tangan kosong jika tiada aral yang
melintang.
Sekumpulan pemancing dari Sindumin yang
biasaya hanya bertarung dengan Udang Galah telah mencuba nasib di Berabak. Misi
mereka adalah untuk menawan ikan di sungai tersebut. Kaki-kaki pancing ini
terdiri daripada Moktal Hj Julai, Mazlan Hashim, Rano Panus, Bakri Baking,
Hazmie Manan, Syarafi Kasah dan Kasah Yaakob ( tekong bot ).
Kumpulan pemancing yang diketuai oleh
Hazmie Manan ini memulakan perjalanan dari Pengakalan Bot Kampung Pelakat
Sipitang pada kira-kira pukul 5.30 pagi. Walaupun perjalanan untuk sampai ke
destinasi hanya memakan masa kira-kira 50 minit, tetapi kumpulan pemancing
terpaksa bertolak lebih awal untuk mendapatkan umpan terlebih dahulu.
Menurut Hazmie, sebaik tiba di Muara
Sungai Berabak mereka terus mendapatkan udang untuk dijadikan umpan dengan cara
menggunakan pukat. Walaupun cuaca pada ketika itu kurang baik dengan keadaan
laut yang agak bergelora.
Situasi ini agak mengecewakan mereka,
namun hasrat memancing mesti diteruskan. Menurut tekong bot, Kasah Yaakob pada
kebiasaanya ikan lebih aktif memakan umpan dan senang untuk dijinakkan dalam
keadaan air laut yang tenang.
Setelah berlegar-legar seketika di Muara
Sungai Berabak, misi memancing pun dimulakan dengan masing-masing sibuk
mengenakan umpan dan melabuhkan kail. Setiap pemancing begitu bersemangat untuk
memastikan diri mereka menjadi orang
pertama menaikkan ikan.
Selang 15 minit berlalu, tiba-tiba tali
pancing kepunyaan Mazlan atau lebih dikenali dengan gelaran “Si Lahing” disentap
dengan kuat membuatkan jorannya melentur. Tumpuan kaki pancing yang lain terus
terarah kepada Lahing yang sedang bertarung dengan “mangsa” pertama.
Setelah kira-kira 2 minit bertarung,
akhirnya Ikan Merah yang beratnya lebih 1 Kilogram berjaya ditewaskan. Kejayaan Lahing menaikkan ikan Putih ini
membuatkan rakan yang lain lebih bersemangat untuk memberikan saingan.
Namun yang paling penting bagi kaki-kaki
pancing yang memancing secara berkumpulan ini ialah mereka tidak mendapat
gelaran “Kilar” . Sesiapa yang “Kilar” pasti akan menjadi bahan cerita dan akan
diketawakan oleh rakan-rakan pemancing yang lain.
Kilar dalam bahasa tempatan membawa maksud
tidak memperolehi apa-apa tangkapan walau sekecil manapun.
Tidak berapa lama selepas Lahing berjaya
menewaskan ikan Merah, keadaan semakin rancak dimana satu demi satu tali
pancing disentap oleh sang ikan yang mungkin ingin menguji kehandalan kumpulan
pemancing dari Sindumin ini.
Kesudahnnya kesemua kaki pancing
memperolehi tangkapan masing-masing, walaupun tidak seperti yang diharapkan
kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan kerana air laut bergelora.
Diantara spesis ikan yang berjaya
ditewaskan ialah Ikan Putih, Ikan Merah, Kerapu, Sembilang dan beberapa jenis
ika lain yang bersaiz lebih kecil. Hasrat kaki pancing untuk bertarung dengan
ikan yang lebih ganas seperti Pari tidak kesampaian untuk misi kali ini.
Menurut Hazmie, walaupun misi kali ini
sedikit mengecewakan , mereka pasti akan
datang lagi untuk memburu lebih banyak ikan yang masih menghuni Muara Sugai
Berabak pada masa yang sesuai.
No comments:
Post a Comment