Sunday, April 8, 2012

Menjejaki Lelaki Misteri Di Pekan Sipitang


OLEH :  Admin WS
     Persoalan demi persoalan sering bermain di minda fikir warga Sipitang mengenai kewujudan seorang lelaki yang dianggap misteri kerana tidak diketahui asal-usulnya tapi saban hari kelihatan muncul dan berlegar-legar di pekan ini.   
Lelaki misteri....
     Setelah sekian lama  saya memerhati , mengekori, mengamati dan seterusnya mencari fakta , akhirnya persoalan yang bermain di minda fikir saya sedikit terurai megenai kewujudan “lelaki misteri” ini.
     Perkara yang mungkin mejadi tanda tanya terhadap kewujudan lelaki ini ialah dari segi tingkah laku dan perwatakannya. Lelaki ini di lihat sering berjalan kaki dengan membawa bungkusan, bersembahyang dan berdoa di tepi pantai serta mandi di tepi laut berhampiran pekan Sipitang.
Barang-barang terbuang yang diperolehi dari tong sampah
     Bukan mencari salah dan silapnya tetapi sekadar ingin mendekati lelaki ini yang juga makhluk tuhan yang mana nasib dirinya telah tersurat sepertimana yang sering kita lihat dengan mata kasar kita yang kekadang turut meruntun dan menyentuh hati kecil kita.
     Apa tidaknya , rutin harian lelaki misteri ini ialah menjelajah dari dari tong sampah ke tong sampah mencari sesuatu untuk meneruskan kehidupan menyambung denyutan nadi mengisi perut sendiri.
     Percaya atau tidak, lelaki ini telah menjalani kehidupan sehariannya sejak bertahun lamanya  dengan berjalan kaki sehingga ada tikanya melebihi kira-kira 10 kilometer dari tempat “kediamannya”, dimana lelaki ini dilihat sentiasa berpindah-randah untuk mencari perlindungandari  hujan dan panahan matahari.
"Merenung muka di cermin..."
    Namun, sejak kebelakangan ini dia telah berpindah mencari kediaman baru di suatu kawasan yang lebih dekat dengan Pekan Sipitang. Baru-baru ini saya  sempat menumpangkan lelaki ini dan menurunkannya berhampiran tempat kediaman barunya.    Kerana tidak sampai hati melihat lelaki ini berjalan kaki dalam suasana hujan yang lebat saya memberhentikan kereta di tepi jalan. Lelaki berkenaan terus meluru kearah kenderaan saya lalu terus naik di bahagian belakang “double cab” yang saya pandu.
    Ini bukan kali pertama saya mengajak dia menumpang kereta saya, itulah sebabnya dia sudah kenal dengan kereta saya.  Pada mulanya memang agak was-was juga untuk mendekati lelaki ini kerana dikatakan kurang siuman, takut lain pula jadinya. Namun setelah merisik sedikit-demi sedikit saya mula memahami akan sifat dan perangainya. Pastinya lelaki ini bukan seorang peminta sedekah kerana dia pernah menolak wang pemberian saya. Pernah juga saya bagi RM5 tetapi dia hanya ambil RM2. Katanya dia hanya perlu wang untuk beli makanan sahaja, di mana dia mengatakan dia tak perlu bayar sewa rumah, bil elektrik, dan air. Katanya lagi dia tak mahu meminta, tak suka mencuri. "Berdosa katanya...", .
Tong sampah yang menjadi sumber rezekinya
      Fakta paling menarik tentang lelaki ini ialah, dia akan bersembahyang apabila masuk waktu sembahyang. Lokasi yang paling biasa beliau bersembahyang ialah di tepi pantai pekan Sipitang. Demikian, sedikit sebanyak cerita tentang “lelaki misteri” ini…siapakah dia..? dari mana asal usulnya…? Sukar untuk mendapatkan jawapan yang sebenarnya kerana setiap kali saya bertanya mengenai asal-usulnya dia hanya memberikan jawapan demikian :  “di sini banyak hantu….dekat-dekat sini pun ada hantu…”. Jahat..! semua jahat..!.

  

13 comments:

  1. xpala.. sekurang2nya dia xmganggu ketenteraman org awam.. sya selalu jg nmpak dia kutip2 Tin d tepi2 kedai setiap pagi..kira ok la tu, bersih jga Sipitang ne dgn kewujudan "leleki misteri" yg d katakan org neh.. dia cari rezeki yg halal jgak kn..

    ReplyDelete
  2. lelaki misteri ini bernama 'johari' . kesian sangat dengan dia .sebelum menjadi seperti itu , dia seorang yang pandai . akibat tekanan dari keluarga dia menjadi seperti sekarang .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul.. saya dengar dari rakan karibnya masa sekolah dulu SPM nya memang cemerlang, gred 1. Mudah-mudahan dia akan terus dapat menempuh kehidupan seterusnya dengan penuh tabah, walaupun keadaan dia macam tu, tapi hanya dia saja yang tahu akan dirinya yang sebenarnya...

      Delete
  3. Masyaa allah....dalam keadaan seperti ini dia masih mampu mengingati allah...sedangkan ramai lg yg hidup lbh selesa tp masih lalai...

    ReplyDelete
  4. Orangnya sgt baik...ya spt yg si nana ckp..itulah namanya dan dia mmg org sipitang dan berbangsa kedayan

    ReplyDelete
  5. sekurang kurangnya dia ni igt tuhan :)

    ReplyDelete
  6. Kasihan dia.. dia bukan lelaki misteri tp dia macam kita semua juga tp disebabkan angkara cemburu dia jadi mcm tu.. Syukur, walaupun keadaan dia macam tu, dia tak pernah susahkan orang lain. Paling penting dia sentiasa ingat Allah, tak lupa sebahyang.. Semoga Allah sentiasa merahmati dan melindungi dirinya.. Amin..

    ReplyDelete
  7. Alhamdullillah ada jugak org mcm ni lg d sipitang..,.bukan mcm anak muda kitani skrg...hidup senang tp belajar smbl lewa...pikiran tuk abiskan spm saja bukan ada cita2 mau hidup lbh tinggi...sudah tu kebanyakan hidup bertemankan botol2 arak..mcm dah rutin harian..yg sedihnya beragama islam...

    ReplyDelete
  8. nyaman udang galah atu

    ReplyDelete
  9. lagaknya....dia seperti risik tentera.....tambahan pula skrg kes pencoroboh di sabah yg mn telah berpecah kpda bbrpa daerah kononnya.....saya fikir,ada logiknya telahan saya itu.....seorang RISIK mencari maklumat penceroboh.....

    ReplyDelete
  10. Saya betul2 x setuju komen izzaka salem.dia ni bukan prisik.ok klau nk perisik..tu bnyk pati berlambak kt sipitang.jgn suka tuduh org.ok bro ni mmg org sipitang.bro ni mmg org pandai dr kita semua.Dia jd begini sbb masalah keluarga yg tamak holoba.So dia ni d pulaukn dari keluarga yg x punya hati dn perasaan.bro ni mmg rajin solat walau di mna ia berehat.sya pernah nmpak d masjid sipitang solat jumaat.siap baca al- quran.hari ni 27.1.2017 pun saya jumpa di dlm perjalanan ke masjid.sblm ni saya pernah nmpk bro ni pergi library dgn buku...yg buku calang2 org biasa baca.taraf Universiti..BI lg.saya pernah berjumpa dn ingin memberi sedikit wang namun d tolak.sbb dia ada pendirian.Jgn pandang org mcm ni..walaupun rambut ,baju tidak terurus..bukan nya gila.dia mengalami tekanan hidup yg teruk.salah siapa?salah masyarakat sendiri yg x bg dia untuk berbual,menyisihkan dia,dan saya geram kenapa pihak bn /umno ,kebajikan ,penghulu ,jkkk, masjid,dan pbt sipitang tidak mengambil kisah mengenai bro ni.jika kita tidak membantunya dan mengembalikan keyakinan diri nya.sampai bila bro ni jd mcm ni.mungkin pihak bn/umno & pbt sipitang kejar kuasa saja.bro ni kadang tgh mlm saya nmpk tido d explanad.atau area pkn sipitang.kesihan tgk.kadang pikir dia dh mkn ke.x sjuk ke,kna gigit nyamuk tk?selesa?..bg saya..sedih..ada lagi rakyat susah walaupun ada pjbt menteri yb sapawi d sipitang iaitu bn/umno.walaupun kisah ni jd isu dr tahun 2012 tapi sekarang tahun 2017..masih sama.jika isu ni di bawa ke bahagian politik menjelang PRU14..pasti..bnyk pihak yg mengambil kesempatan dgn nya.harap pihak yg suka main tuduh.kamu malu la sikit.bro ni x mau diri dia jd mcm ni.kmu pikir pikirkn la.harap pihak bloger support n bg sokongan pada bro ni.harap jkkk dn wakil masyarakat bn umno datanglah hulur bantuan.jgn nk cekik darah rakyat saja.tau nk ambil GST.doa saya harap bro ni di tetapkan hati dan iman nya pada agama islam.kita kna pikir jika ini yg terjadi pada kita,bagaimana??bukalah mata org sipitang dn orang sabah serta bn umno.yg d beri undi oleh rakyat sipitang.kpd yb sapawi.bn/umno.bantulah bro ni.kerajaan ada perutukkan rumah dan kebajikan masyarakat.jgn pandang serong pada org mcm ni.BN/UMNO bantulah segera.jika tidak isu ni saya akan bawa ke pihak Parti harapan rakyat sabah-PHRS.yg baru d tubuhkan.Lambang gunung kinabalu.

    ReplyDelete
  11. Saya betul2 x setuju komen izzaka salem.dia ni bukan prisik.ok klau nk perisik..tu bnyk pati berlambak kt sipitang.jgn suka tuduh org.ok bro ni mmg org sipitang.bro ni mmg org pandai dr kita semua.Dia jd begini sbb masalah keluarga yg tamak holoba.So dia ni d pulaukn dari keluarga yg x punya hati dn perasaan.bro ni mmg rajin solat walau di mna ia berehat.sya pernah nmpak d masjid sipitang solat jumaat.siap baca al- quran.hari ni 27.1.2017 pun saya jumpa di dlm perjalanan ke masjid.sblm ni saya pernah nmpk bro ni pergi library dgn buku...yg buku calang2 org biasa baca.taraf Universiti..BI lg.saya pernah berjumpa dn ingin memberi sedikit wang namun d tolak.sbb dia ada pendirian.Jgn pandang org mcm ni..walaupun rambut ,baju tidak terurus..bukan nya gila.dia mengalami tekanan hidup yg teruk.salah siapa?salah masyarakat sendiri yg x bg dia untuk berbual,menyisihkan dia,dan saya geram kenapa pihak bn /umno ,kebajikan ,penghulu ,jkkk, masjid,dan pbt sipitang tidak mengambil kisah mengenai bro ni.jika kita tidak membantunya dan mengembalikan keyakinan diri nya.sampai bila bro ni jd mcm ni.mungkin pihak bn/umno & pbt sipitang kejar kuasa saja.bro ni kadang tgh mlm saya nmpk tido d explanad.atau area pkn sipitang.kesihan tgk.kadang pikir dia dh mkn ke.x sjuk ke,kna gigit nyamuk tk?selesa?..bg saya..sedih..ada lagi rakyat susah walaupun ada pjbt menteri yb sapawi d sipitang iaitu bn/umno.walaupun kisah ni jd isu dr tahun 2012 tapi sekarang tahun 2017..masih sama.jika isu ni di bawa ke bahagian politik menjelang PRU14..pasti..bnyk pihak yg mengambil kesempatan dgn nya.harap pihak yg suka main tuduh.kamu malu la sikit.bro ni x mau diri dia jd mcm ni.kmu pikir pikirkn la.harap pihak bloger support n bg sokongan pada bro ni.harap jkkk dn wakil masyarakat bn umno datanglah hulur bantuan.jgn nk cekik darah rakyat saja.tau nk ambil GST.doa saya harap bro ni di tetapkan hati dan iman nya pada agama islam.kita kna pikir jika ini yg terjadi pada kita,bagaimana??bukalah mata org sipitang dn orang sabah serta bn umno.yg d beri undi oleh rakyat sipitang.kpd yb sapawi.bn/umno.bantulah bro ni.kerajaan ada perutukkan rumah dan kebajikan masyarakat.jgn pandang serong pada org mcm ni.BN/UMNO bantulah segera.jika tidak isu ni saya akan bawa ke pihak Parti harapan rakyat sabah-PHRS.yg baru d tubuhkan.Lambang gunung kinabalu.

    ReplyDelete