MUSA (dua dari kiri) dan Wan Zulkiflee (dua dari kanan) menyaksikan Dr
Abdul Hapiz (kanan) dan Naohito menandatangani perjanjian BEPCC projek SAMUR di
Kota Kinabalu.
Projek SAMUR RM4.77b hasil 2.6 juta tan setahun menjelang 2015
PETRONAS Chemical Group Bhd (PCG), pengeluar terbesar produk petrokimia di negara ini, bakal muncul sebagai pengeluar baja urea kedua terbesar di Asia Tenggara apabila Projek Baja Urea Ammonia Sabah (SAMUR) bernilai RM4.77 bilion, beroperasi pada 2015.

Projek yang akan dimajukan di Sipitang, Sabah bermula pada suku kedua
tahun depan itu mampu melonjakkan pengeluaran baja urea PCG kepada 2.6 juta tan
setahun berbanding 1.4 juta tan setahun sekarang.
Pengerusinya, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin, berkata pembinaan kilang
dengan kapasiti 2,100 tan sehari atau 1.2 juta tan setahun itu bertepatan
pertumbuhan permintaan bagi baja urea di Asia Pasifik yang diunjur meningkat
antara dua hingga tiga peratus setahun.
"Peningkatan disebabkan permintaan untuk keperluan pertanian yang semakin tinggi berikutan pertumbuhan pesat penduduk, perubahan corak pemakanan dan persaingan penggunaan tanah untuk tanaman komersial yang semakin besar.
"Ia menyediakan peluang baik kepada PCG mengembangkan perniagaan baja urea di pasaran penting seperti Asia Pasifik, khususnya di Asia Tenggara. Kesempatan ini dimanfaatkan sepenuhnya menerusi projek SAMUR.
"Apabila projek itu siap, PCG berpotensi menjadi pengeluar kedua terbesar baja urea di Asia Tenggara, sekali gus mengukuhkan kedudukan PCG sebagai pelaksana utama perniagaan baja urea di rantau ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas memeterai perjanjian Kerjasama Kejuruteraan Terperinci dan Asas, Perolehan, Pembinaan dan Pentauliahan (BEPCC) antara PCG dengan konsortium kontraktor projek SAMUR di Kota Kinabalu.
Konsortium kontraktor projek itu dianggotai Mitsubishi Heavy Industries Ltd dari Jepun, Apex Energy Sdn Bhd dan Pt Rekayasa Industri dari Indonesia.
Ia disaksikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. Turut hadir, Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Ketua Eksekutif PCG, Dr Abdul Hapiz Abdullah dan Naib Presiden Kanan Mitsubishi Heavy Industries Ltd, Naohito Hoshino.
Pada majlis itu, PCG turut menyerahkan surat pelantikan kepada Sabah Energy Corporation sebagai syarikat sekutu konsortium kontraktor SAMUR yang mewakili kerajaan Sabah bagi mengagihkan projek termasuk pembinaan jalan raya, jeti, landskap, keselamatan kepada syarikat tempatan.
Sementara itu, Musa berkata, projek SAMUR akan menjadi pemangkin pertumbuhan sektor petrokimia di Sabah yang turut membantu pembukaan industri lain termasuk industri sokongan dan hiliran berkaitan minyak dan gas, selain berkaitan perkhidmatan.
“Projek ini juga dapat menyediakan peluang lebih luas kepada generasi di Sabah menceburi bidang teknikal profesional sekali gus membantu membina kemampuan dan kekuatan ekonomi negeri ini,” katanya.
PETRONAS katanya, turut melatih juruteknik tempatan di beberapa kilang petrokimia seluruh negara untuk mengendalikan kilang PETRONAS Chemical Fertilizer Sabah Sdn Bhd apabila projek SAMUR siap.

Kilang ammonia dan urea di Sipitang dipantau
28/04/2011 1:13pm ( Kosmo online )
KOTA KINABALU — Kilang ammonia dan baja urea yang
dijangka beroperasi di Sipitang pada suku ketiga 2014, akan dipantau oleh
Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk memastikan ia tidak mendatangkan kemudaratan
kepada penduduk setempat.
Menurut Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan
dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Ellron Angin, projek yang dikenali sebagai ‘Sabah
Ammonia-Urea (Samur) Plant’ milik Petronas Chemicals Group Bhd. itu mempunyai
kapasiti pengeluaran ammonia sebanyak 2,100 metrik tan sehari dan urea sebanyak
3,500 metrik tan sehari.
Katanya, walaupun pada masa ini Malaysia belum
mempunyai standard indeks bagi pencemaran gas ammonia, pembinaan kilang
seumpama itu tertakluk kepada Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974
(Akta 127) yang mana sebelum projek dilaksanakan, satu kajian Penilaian Kesan
kepada Alam Sekeliling (EIA) dikehendaki disediakan oleh pemaju dan dikemukakan
kepada Ketua Pengarah Alam Sekeliling Malaysia untuk kelulusan.
"Kajian EIA tersebut akan mengenal pasti
kesemua isu alam sekitar yang akan terlibat termasuklah mengenal pasti
impak/kesan ke atas penduduk sekeliling dan seterusnya menetapkan
langkah-langkah kawalan yang praktikal untuk dilaksanakan oleh pihak kilang.
"Bagi
memastikan kilang tersebut tidak memudaratkan kesihatan penduduk setempat, JAS
akan melaksanakan kaedah-kaedah kawalan dan pemantauan yang akan diwajibkan dan
perlu dipatuhi oleh pihak pekilang,” katanya semasa menjawab soalan Ahmad Bujang
(BN-Sindumin) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini hari ini. —
Bernama
semoga di pantau juga pekerja kontraknya yg rata2 org i.c merah, im-13, i.c palsu emm.... i.c biru brapa org yek????? skul sampi SPM pun susah nk dpt kerja dlm projek tu.. org sulu tu ada ke sekolah?? pikir2 kn nasib ank bumiputra..
ReplyDeletebtul tu ..
ReplyDeleteUtamakan warga tempatan dlu baru org luar. . .
ReplyDeleteMana paluang kerja untuk kami org tempatan ?? Kami Pengundi dun & perliman sipitang. . .

ReplyDeletePatut petronas utamakan warga sipitang ceburi dalam sektor ini
ReplyDeleteTidak apa ni kali kita akan ambil org tempatan
ReplyDelete