Saturday, June 2, 2012

Mangga (Mempelam) RM10 1Kg di Sipitang

Oleh : Admin WS
Sipitang...- Mempelam atau dalam bahasa tempatan di Sini disebut sebagai "mampalam" merupakan sejenis buah yang berada di senarai "rangking" terakhir dalam senarai buah-buahan yang terdapat di Sipitang tatkala tibanya musim buah-buahan. Semasa musim buah-buahan, boleh dikatakan buah mempelam hampir tidak dipedulikan langsung dimana ianya dibiarkan berlambak jatuh ke tanah dan kemudiannya buruk begitu sahaja.
Namun, buah ini menjadi antara buah yang paling mahal harganya apabila di luar musim buah-buahan. Uniknya mempelam akan berbuah sekali lagi apabila selepas musim buah-buahan. Dikala inilah harganya melambung tinggi.
      Pada 1 Jun 2012 WS telah pergi ke tapak tamu Sipitang. Agak terkejut juga apabila  mendengar jawapan dari salah seorang peniaga buah-buahan mengenai harga mempelam berkenaan. Percaya atau tidak harganya ialah RM10.00 sekilogram. Oleh kerana sudah terlanjur bertanya WS terpaksa juga meneruskan hajat untuk membelinya, sebanyak setengah kilogram .
      Apabila ditimbang, maka sahlah memang mahal harganya. Rupanya bagi buah mempelam, berat setengah kilogram kuantitinya tidak banyak, iaitu hanya sebanyak 6 biji sahaja. Itupun buahnya amat kecil dimana setiap satunya  tenggelam apabila digenggam di telapak tangan.
      Nak buat macam mana, dah terbeli. Mungkin kebanyakan pelanggan yang lain juga sama macam saya, walaupun harganya mahal tetapi tetap juga dibeli . Mungkin inilah juga faktor penyebab kenapa harganya mahal. Cuba jangan beli, mesti harganya turun. Tepuk dada tanya selera.. yang peniaga tu pun fikir-fikirlah sikit, jangan terlalu ambil kesempatan. WS.


1 comment: