Friday, May 18, 2012

Misteri "Batu Keramat"


OLEH : Admin WS.
SIPITANG…-  Setiap pemandu atau pengguna jalan raya yang  baru pertama kali  melalui jalan raya Beaufort-Sipitang pasti akan tertanya-tanya terhadap kewujudan sebuah jejambat berbumbung di tepi jalan berhampiran Kampung Inuman dekat sini.


    Jejambat yang  terletak bersebelahan jalan raya  ini sebenarnya penghubung yang menjadi laluan ke “Batu Keramat” yang dikatakan seringkali bertukar warnanya. Sememangnya pelik untuk di dengar, tetapi itulah hakikatnya di mana  ia dikatakan bertukar warna sebanyak beberapa kali dalam setahun dengan pelbagai warna pilihan seperti,  merah, hitam, putih, kuning dan hijau.

    Baru-baru ini WS sempat singgah untuk menyingkap misteri di sebalik jejambat berbumbung ini. Sebaik memijakkan kaki di jejambat ini kelihatan satu objek berwarna kuning yang berada di tengah-tengah  pondok di penghujung jejambat.

     Setelah diteliti, rupa-rupanya ia adalah “batu keramat” yang dimaksudkan di mana pada ketika itu ia kelihatan berwarna kuning. Semasa kunjungan ini, terdapat tin minuman, colok yang sudah dibakar, botol  , kesan nyalaan lilin dan buah kelapa berselerakan berhampiran batu ini.


     Hampir setiap ruang pada batu ini ditulis dengan nombor-nombor yang kebanyakkannya nombor empat digit berserta dengan nama ejen penjual nombor seperti ‘Toto’ dan ‘Stc4d’.
     Selain itu juga di persekitaran batu ini  telah disimen dan dipasang dengan jubin . Malah dikatakan ada ketikanya  setiap tiang di jejambat ini diikat dengan kain kuning . Pernah suatu ketika batu ini turut  di balut dengan kain kuning dan laluan di jejambat ini juga turut dipasang dengan kain kuning.

    Menurut sumber dari penduduk kampung berhampiran , batu ini sering menjadi kunjungan pada malam Jumaat atau sehari sebelum cabutan loteri empat ekor dibuat iaitu pada hari Selasa, Jumaat, dan Sabtu.

   Pada kebiasaannya kaki nombor akan datang secara berkumpulan dengan membawa pelbagai “habuan” atau “pengeras” yang berupa makanan dan minuman untuk disajikan kepada “penunggu” batu berkenaan. Satu upacara pemujaan  atau menurun nombor akan dijalankan menurut cara masing-masing. 

    Sumber penduduk berkenaan yang enggan namanya disiarkan turut mendakwa, batu ini turut menerima kunjungan daripada pelbagai golongan bangsa dan agama termasuklah mereka yang beragam Islam.

    Namun tidak dapat dipastikan tujuan kesemua pengunjung berkenaan datang. Tidak dapat dinafikan kemungkinan juga terdapat pengunjung yang singgah di sini sekadar ingin tahu apa yang sebenarnya terdapat bersebelahan  jejambat berbumbung ini.

    Malah katanya, berdasarkan kenderaan yang mereka pandu (kereta mewah) , terdapat juga golongan yang mungkin terdiri daripada ahli perniagaan yang turut mencuba nasib “meminta” nombor ekor di sini.

   Batu yang telah wujud sejak sekian lama ini sememangnya suatu yang bukan asing lagi bagi penggemar nombor ekor dan masyarakat di daerah ini dan juga daerah Lawas Sarawak. Cuma tidak ramai yang tahu “misteri” disebalik kewujudan batu ini.

   Bagi merungkai persoalan ini , WS telah menemui seorang peniaga Cina di Sipitang. Beliau yang juga tidak mahu gambar dan namanya disiarkan mengakui batu ini memang “keramat” dan telah memberi “kekayaan” kepada beberapa individu tertentu, termasuklah ahli perniagaan.

   Katanya, pada asalnya tidak ada jejambat atau bumbung yang menutupi batu ini dari terkena hujan dan panahan matahari, tetapi jejambat berbumbung ini telah dibina oleh seorang ahli perniagaan yang telah “kena” nombor ekor yang hadiahnya ratusan ribu ringgit.

    Beliau berkata, peniaga berkenaan telah menggunakan sebahagian wang hadiah cabutan nombor ekor yang diperolehnya.

    Sejak jejambat ini ini dibina, dan dengan tersebarnya berita mengenai “tuah” peniaga berkenaan, batu ini semakin popular di kalangan peminat nombor ekor. Malah selepas itu dikatakan terdapat   ramai lagi para peminat nombor ekor yang memenangi hadiah cabutan setelah berkunjung ke batu ini.

    Katanya, pelbagai cara digunakan untuk memohon kepada batu ini termasuklah dengan mengecat dengan pelbagai warna iaitu  mengikut sepertimana “mimpi” yang diperoleh oleh seseorang setelah menjalankan upacara di batu ini.

   Beliau yang kurang senang dengan perbuatan sesetengah orang yang mengecat dan menconteng batu ini mendakwa perbuatan seperti ini boleh  menimbulkan kemarahan “penunggu” batu ini kerana kelakuan ini sama seperti kita menconteng muka atau badan penunggu berkenaan.

    Sementara itu, beliau turut mendakwa  beberapa kejadian kemalangan yang berlaku berhampiran batu ini ada kaitan dengan penunggu “Batu Keramat” . Kejadian dikatakan terjadi apabila pemandu terbabit mengelak dari melanggar “kuda” putih yang melintas jalan raya di kawasan ini.

    Memang suatu yang pelik jika benar dakwaan ini kerana tidak ada seekor kuda pun yang dipelihara oleh penduduk di kawasan ini. Malah banyak lagi kejadian-kejadian aneh yang turut diceritakan dialami oleh pemandu lain termasuklah melihat lembaga putih berada berhampiran batu ini.

    Menurut beliau, batu ini juga diberitakan pernah “dicuri” dan dibawa ke Labuan, tetapi ia kembali ke tempat asalnya pada keesokan harinya.

    Sama ada benar atau tidak dakwaan mengenai “kekeramatan” dan kejadian-kejadian aneh yang dikatakan berlaku di sini, terpulanglah kepada para pembaca untuk memikirkan dan menilainya berdasarkan kewarasan dan kepercayaan agama masing-masing.

    Pendedahan WS terhadap “Batu Keramat” ini hanyalah sekadar untuk memberi maklumat kepada para pembaca. Semoga dengan pendedahan ini, akan dapat merungkai misteri di sebalik kewujudan jejambat yang wujud di jalan Beaufort-Sipitang ini.

Thursday, May 17, 2012

Broadband For Long Pasia In Three Months

Sumber : Borneo Post Online ( 6 Mei 2012 )

SIPITANG: Residents of Long Pasia, a far flung village near Sabah-Sarawak border, will soon have access to the Internet wireless broadband connection from their homes, made possible with the implementation of a ‘Kampung Wi-fi’ project in the third quarter this year.

Deputy director of Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC) Sabah, Juslie Ellis, said they have identified two locations for the project and are in the final preparation to install the necessary equipment to connect the villagers to the Internet.

He added the community in the village would also be able to enjoy cellular phone services.

“All this will be available soon to allow the residents here to connect with each other and the outside world easily, so that they would not be left out from the mainstream telecommunication development,” he said.

He was speaking to reporters during the Information Department Adopted School and Cyber Partner 2012 programme, jointly organised by the department and CMC at SK Long Pasia, yesterday, which was officiated by Sindumin assemblyman Ahmad Bujang.

Ahmad in his speech commended the department’s initiative to help improve the learning and teaching condition of the school through its adoption programme.

He said this was proof that the government had never neglected any school situated in the remote areas and is always prepared to assist the rural community to improve their livelihood in all aspects, including education.

He noted that the Education Ministry has agreed to build a new school in Long Pasia and Long Mio to further improve the education quality in the area.

He also commended MCMC for its effort to promote IT awareness among the rural community.
Ahmad also presented 1Malaysia laptops from MCMC and schooling assistance from the Information Department to some 40 families.

Also present were deputy education director Yunus Sapirin, SK Long Pasia headmaster Michael Opai, information officer for Interior (South) Zulhanin Hasni, the village chief and other community leaders from the surrounding areas.